Penjimatan Kos:
a) Penjimatan penggunaan inventori;
b) Menghalang kerosakan ke atas inventori;
c) Menghalang salah letak peralatan dan perkakasan; dan
d) Mempercepatkan proses pencarian pengesanan dalam sesuatu urusan kerja.
Meningkatkan kecekapan penggunaan sumber:
a) Mengoptimumkan penggunaan kawasan/tempat kerja;
b) Penghapusan masa pencarian peralatan dan pembaziran bahan mentah/proses; dan
c) Mempermudahkan kawalan dan penyelenggaraan.
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyelenggaraan:
a) Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan jangka hayat mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan yang digunapakai;
b) Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan beroperasi mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan; dan
c) Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan.
Jaminan kualiti:
a) Meningkatkan kualiti dan produktiviti barangan/perkhidmatan;
b) Meningkatkan keupayaan melaksanakan kerja dengan lebih pantas dan selamat; dan
c) Memastikan penyampaian produk/perkhidmatan cekap dan berkesan.
Meningkatkan keselamatan di persekitaran tempat kerja:
a) Menghapuskan keadaan yang membahaya;
b) Meningkatkan tahap kesihatan di tempat kerja;
c) Menghapuskan keadaan yang boleh mendatangkan kecederaan dan kemalangan;
d) Mengelakkan berlakunya kesilapan dan kecuaian; dan
e) Pematuhan kepada peraturan-peraturan.
Meningkatkan motivasi pekerja:
a) Perhubungan yang baik antara anggota;
b) Membentuk disiplin yang tinggi; dan
c) Membentuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan.